Menjelang Hari Raya

10:06 PM

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua.
Amacam raya hari ni?Ujan ka panas kat tempat ampa?
Sini panas dari pagi sampai petang.
Selesa la cikit.

Ok...stop dulu cerita raya.Next time baru crita.
Lani cheq nak crita menjelang hari raya apa yang jadi kat umah cheq.

  • Abang sulung dan family sampai jam 12.30 am Sabtu malam Ahad.Lepas depa semua tidoq cheq sorang2 bertungkus-lumus di dapoq masak nasik dan sambal telur untuk sahur.Abang habaq gulai kat kedai nasik kandaq abes...dia dapat ayam goreng dan ketam ja.Pukul 3 lebih gak cheq baru tidoq pastu bangun sahur dan tak tidoq sampai la pukul 10 am Ahad.
  • Kakak ipaq sulung, along dan adik demam.So kakitangan kat dapur yang tinggal cheq dan mak.
  • Start masuk dapoq jam 2.30 pm untuk menyediakan nasik juadah berbuka puasa(ayam masak ros,sayur,udang goreng kunyit dan nasik) dan rendang daging untuk cicah ketupat.
  • Meja makan waktu berbuka penuh dengan makanan dengan murtabak,tepung talam,bihun sup,laksa,ayam percik,ketupat palas dan oblong.
  • Hall adalah di konker oleh anak-anak menakan so harap maklum kalau nak berehat.Sila cari kawasan2 lain yang boleh landing kat dalam umah ni.
  • Langsir segera dari adik cheq.Tetiba datang idea nak jahit langsir untuk pisahkan kawasan ruang tamu dan dapur.Respek gila kat dia sebab mau gak jahit langsir ni sambil2 dipantau oleh cheq.


You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers