Bakal Tetamu Allah | Jumaat+Sabtu+Ahad=Letihhhhhhh

8:57 AM

Bakal Tetamu Allah | Jumaat+Sabtu+Ahad=Letihhhhhhh


Assalamualaikum


Ha kau...apa yang sampai letihnya? Oklah...mai saya cerita sikit. Hari Jumaat lepas saya sampai umah jam 7.40 malam. Cuba bayangkan saya habis keja pukul 5 petang tapi sampai rumah 7.40 malam. Awat tak tau asal hari Jumaat ja jambatan mesti jemmed. Asal jemmed ja mesti hari Jumaat. Lenguh kaki toksah dok cakap la tapi yang sadisnya saya takda benda apa nak makan dalam kereta.
(Bajet leh sampai umah macam selalu pukul 6.30 petang)

Sampai-sampai ja rumah terus mencekik. Dah jadi pelahap kat situ. Hari Sabtu nya plak kami adik-beradik KBU mengadakan aktiviti Kembara Ramadhan. Hat ni nanti-nanti saya cerita. Sampai rumah pon dah jam 1 pagi. Kena pulak pokok tumbang kat jalan area nak balik umah so tersadai kat atas jalan dekat 30 minit. Angin je time tu tapi tu semua kuasa Allah. Mujur takdak sapa yang cedera.


Pagi-pagi Ahad pulak saya ada Kursus Haji dari Tabung Haji Travel. Kena sampai kat Komplek Tabung Haji jam 9 pagi so tak tidor dah lepas sahur tu.

~Muka kengkonon bajet ceria cerdas tapi letih dan mengantuk.~


Tengah dok kursus...rehat sat memberi laluan pada Tabung Haji Travel untuk menyampaikan sumbangan duit raya pada 45 anak-anak yatim sekitar Kubang Semang.

~pic sungguh kekaburan~


Tapi yang bestnya kursus kali ni saya tak mengantuk pon padahal memang letih di tambah pulak econ dewan yang sejuk mencengkam jiwa. Alhamdulillah. Tamat kursus kami dibekalkan beg serbaguna(galas dan tarik), karung isi batu untuk melontar, sehelai telekung dan juga buku doa tiap seorang.




Disebabkan kursus diadakan pada bulan puasa pihak THT menggantikan hidangan tengahari dengan Kurma dan juga air zam zam.



Saya berdoa moga-moga urusan Haji ini berjalan dengan lancar.Dah tak sabar rasanya nak menjadi tetamu Allah dan bertemu kekasihnya di sana....

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^