Team lunch + farewell at BP Anjung Indah

10:47 PM

Assalamualaikum

Lama tak hapdet so hari ni nak boh cite pasal lunch siang tadi.


Dept. cheq punya chief engineer Ms. Lim BH akan mulakan kerja barunya di kilang baru pada awal Julai ni so bigbos telah mengadakan farewell party untuk beliau + team lunch coz customer return issue dah pon setel.
Ingatkan macam selalu akan ke Golden Triangle Qbay or Nandos or Kenny Rogers tapi bigbos pilih makan kat Restoran BP Anjung Indah.

Kalau orang Balik Pulau or sekitar Bayan Lepas maybe depa tau la tempat ni kat mana.
Kat sini juga sedang berlansungnya Pesta Durian dari 1 hingga 30 Jun 2011.
 Nak ke Anjung Indah kena menaiki jalan baru ke Balik Pulau.Tempat ni berada di sebelah kanan jalan ke Balik Pulau.

Masa sampai kat sini cheq dan K.Ros nek 4X4 bigbos so beliau terus naik ke puncak restoran.
Bukit nak menuju ke restoran tu lebih dari 45 darjah rasanya so klau kereta biasa atau yang kurang mahir nak mengendalikan kenderaan diharap park kat bawah dekat gerai buah-buahan di mana Pesta Durian ni berlansung dan menapak la menuju ke restoran di atas bukit.


Inilah view restoran BP Anjung Indah pada waktu siang.Restoran Thai yang dikelilingi pokok-pokok bonsai.
 Bab parking jangan risau sebab kat atas ni kawasan parkingnya sangat-sangat luas.

Macam biasa...dua orang budak ni mesti nak pose gila-gila sampaikan engineer pon tegur.

View dari parking restoran BP Anjung Indah waktu tengahari guna enpon cap ayamas.
Klau time senja maybe lagi menarik.


Ni la kami smua siang tadi.
Macam biasa...kami 2 orang ja Melayu...yang lain-lain Cina.

Pic makanan cheq tak snap pon hari ni.
Lupa nak bawa kamera.Menggedik pon guna enpon jek.
Semua masakan yang bigbos order sedap-sedap belaka.
Ada ikan siakap limau....ayam goreng gajus....sayur brakoli...tomyam campur...sayur kaduk goreng tepung...sotong goreng tepung...ketam masak lada hitam...kari ayam hijau...kerabu mangga & jus amra.
Yang penting semua makanan lautnya fresh lagik...ambik dari dalam sangkar dan akuarium.

Ingatkan lepas ja makan nasi dah boleh balik tup-tup mai pencuci mulut yang super duper mabelesssss.
Bigbos order sebakul durian.
Nahaaaaaaaaa.....pakat dok pulun durian la plak.
Bagi depa yang kaki durian still leh makan lagik padahal tadi dok kata dah kenyang.

Ni muka orang tak ikhlas nak bergambar dengan durian.
Cheq tak makan durian OK....

Yang sorang ni plak dok pulun durian sensorang.
Semua durian yang dah buka semua dia rasa tapi hat sedap dia tarik boh depan dia.
Pulun sampai nak lena....haissshhhhh.....

Dah tu bila balik opis masing-masing dalam mood nak lena.....kekenyangan...kepanasan.
Ada yang siap balik terus tu.Hari ni kan Jumaat...Friday is happy hour...pukul 3 petang dah leh balik dah.
Sampai sekarang cheq masih kenyang lagi.

Restoran pada waktu malam.

Thanks Enchik Google dengan beberapa pic yang dicilok dari enchik.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^