BZ | Adusss...kena 'tangkap basah' la plak

11:56 AM

Assalamualaikum

Salam kembali setelah beberapa hari menyepikan diri.Bz yang melampau-lampau sebab anak-anak buah kena anta pi Subcon selama sebulan.Depa kena support Subcon so kat opis ni tinggai cheq dan k.Ros serta beberapa engineer yang bergilir-gilir ke Subcon.

Big bos plak kejap ada kejap takda.Sejak-sejak dia kena jaga dua department muka jarang nampak.Bz memanjang.Sampai botak kepala dan kurus cikit big bos tu sebab sibuk yang melampau-lampau.

So bila anak-anak buah takda ni keja jadi berganda-ganda la.Yela...dulu depa ada tolong setelkan keja hat senang-senang.Lani semua kena buat sendiri.Kami plak dok habaq kat big bos kata bz la....banyak keja...kunun...tapi memang keja melambak-lambak pon.

Semalam barang-barang yang kami beli masa company buat 'PHILIPS staff purchase 2011' dah sampai.
Ada macam-macam barang depa offer dengan diskaun dari serendah 20% sampai la 45.2%.
TV LCD...TV LED...MP4...DVD Player...dan macam-macam lagi la.
Yang paling tinggi diskaun 46" Full HD LED TV....45.2% tu.

So kami pon ada la beli satu dua barang support company sendiri kan...so bila dah dapat semalam naik kat opis nak check la leh berfungsi ke tak.
K.Ros dok sibuk check Portable DVD Player with 7" LCD dia.Siap pasang DVD dinner hari tu lagik.

Tengah sedap-sedap dok tengok big bos lalu terus dia bagi signal kat cheq jangan habaq kat K.Ros kata dia ada kat belakang.
Bila cheq nak buka mulut ja dia dok bagi signal...cheq just gelak-gelak je la.

Time K.Ros nak simpan DVD player dia tu la baru dia pasan big bos ada belakang.Terkejut gak la.
Terus pakat dok gelak.Memang sakan la big bos dok ngusik-ngusik.

''Kata bz tapi siap leh tengok DVD tu kira dasat la....tahun depan leh promote jadi tukang tengok DVD''

Kami just gelak-gelak.

''Hang tau dak...ni umpama kena 'tangkap basah' la ni...kantoi dengan aku''

Bila kami suruh sign form...bos tanya untuk apa so cheq jawab...

''DVD tu beli charge under department.Ni nak claim balik duit yang bayaq hari tu....hahahaha"


Tapi semalam memang riuh-rendah kami dok bergelak dengan big bos sampaikan engineer lain pandang semacam.
Well...big bos memang serius dengan depa semua tapi dengan kami tak.Dia kan "abang angkat" tak rasmi kami masa pi Langkawi tahun lepas.
Dia siap kata... "Bila aku pi Subcon punya la tensen sampai takleh nak senyum.Mai sembang dengan hampa ni terus boleh gelak"

Well...kami kan pengubat duka lara kat department tu.Kalau takda kami department memang sunyi sepi.Watpa nak keja dengan muka tensen.Tensen tensen jugak tapi ati kena senang baru la keja berjalan lancar.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers