Bakal Tetamu Allah | 1 siri kursus haji sudah berakhir

8:25 PM

Bakal Tetamu Allah | 1 siri kursus haji sudah berakhir


Assalamualaikum

Hari Ahad camni biasanya saya dengan mak akan menghadiri kursus haji dari jam 9 pagi sampai 5 petang.Mulanya saya malas nak pi sebab ABC(Allah Bagi Cuti) tapi memandangkan kursus haji dah hampir tamat so saya pi jugak la tapi kena dok luar la.Mana leh masuk masjid kan?Hari ni kursus haji terakhir kat Masjid Permatang Rambai.So adalah praktikal cikit nak bagi paham ibadah haji.

Gambar ni dari kejauhan ja.Orang terbuang....kena dok luar.Time ni masa tawaf.Di ajar kat mana nak mula....kat mana nak istilam....nak baca apa...




Habis tawaf meh kita Sai'e plak.Berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.Kat mana orang laki nak lari-lari anak....kat mana nak baca doa.




Pastu menuju keluar plak nak melontar.Tengah-tengah panas melontar.Fuhhhhh....jam time tu pukul 12.30 tengahari.




Habis semua praktikal tu diadakan majlis bacaan Yassin dan kenduri untuk semua yang menghadiri kursus haji kat Masjid Permatang Rambai.Makan dalam talam tu.Satu talam tiga orang makan.Hehehe...dah lama tak makan dalam talam.Dulu time kecik-kecik penah la makan time masjid buat kenduri.



Best la plak bila sekali sekala macam ni.Petangnya plak saya dan mak ke Masjid Permatang Sintok plak.Masjid ni masih ada 3 minggu lagi untuk berkursus.Berakhir 3 July 2011.



notakukukakiku:~moga segala urusan haji dan ibadah haji saya dipermudahkan dan diterima Allah...

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers