Bakal Tetamu Allah | Setel Step Pertama dan Kedua

9:23 PM

Bakal Tetamu Allah | Setel Step Pertama dan Kedua


Assalamualaikum






Semalam takde entry so hari ni kita buat entry.Tadi belom pon time lunch saya dah keluar.11.30 pagi ....awai...Disebabkan hujan lebat time nak balik tu maka terkandas kat Tabung Haji sampai pukul 2 petang...hehehehe...

Ke Tabung Haji kat Sg.Ara nun.Transfer duit dari akaun saya yang buka dari kecik atas nama pewaris iaitu arwah ayah ke buku akaun baru nama saya.

 
Hari ni masukkan sikit duit bagi cukup jumlah RM1300 yang membolehkan anda layak mendaftar nak menunaikan haji.Bukanlah boh cukup-cukup tapi ada la lebih sikit.Lepas setel buka akaun baru....transfer duit lama....boh duit bagi layak so kena naik tingkat 1 pulak nak mendaftar haji.


Kat tingkat 1 ni takde nombor.Dalam bilik sederhana besar.Sapa datang dulu dia ke kaunter dulu la.Kalau nak potong line pon cam tak sanggup sebab yang datang tu semua dah tahap-tahap mak ayah kita.Tak sampai hati sangat aih.Semuanya berurusan pasai nak pi haji.Ada yang dapat tawaran tapi tolak pi tahun depan.Ada yang tak dapat tapi pi buat rayuan nak pi tahun ni.Macam-macam masalah leh dengaq tadi.


Saya?

Just daftar nama untuk pi haji.Pastu segala urusan serah kat abang kat Johor.
Tadaaaaaaaaaaaaaa.....nama dah dalam senarai dah.


Kalau ikut kat surat ni saya boleh pi haji tahun 2039.Huihhhhh....28 tahun lagi.Sah-sah baru lepas pencen camni....nganganga...Saya ni pon tadi pegawai tu cakap kalau pi dengan travel agensi pon Tabung Haji akan tapis dulu.

Harap-harap saya dan mak dapat tunaikan haji tahun ni memandangkan usia mak pon dah lanjut.So ampa bila lagi nak daftar haji.Tak rugi.Atleast potong gaji tiap bulan RM50 pon takpa.Lama-lama banyak la dah boleh pi haji.Klau harap kita nak kumpul sendiri tiap bulan alamatnya takde la.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. huhuuu..
    kalo ade rzki cik zai taon ni..
    pegi mekah la ye..
    bestnyeeeeee

    ReplyDelete
  2. cik ezy...Insyaallah klau ada rezeki

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers