Sehari penuh ranjau onak dan duri

2:20 PM

Assalamualaikum

Waa....tajuk tak boleh blah.
Tapi memang semalam hari cheq penuh ranjau onak dan duri.

Pagi-pagi dah wat hal dah.
Sampai kat kilang pukul 10 pagi parking full.
Pusing dari kilang GUH sampai la ke Agilent pusing ke Kampung Jawa tetap takde parking.
Lagipon bila pikir-pikir balik takkan nak jalan sejauh tu pi kilang kan....mau masak camni.
Cheq pusing balik masuk parking keta company...park kat tempat yang takde petak nak masuk scan badge.
Kang lambat-lambat scan tunjuk cheq lambat pi keja plak kan.
Masuk pekena nasik lemak + air sebab perut dah berkeroncong dah.
Lepas makan cheq pi kat parking nak ubah keta tup tup nampak enchik guard dok snap pic keta sebab parking kat tempat yang tak sepatutnya.
Terus bagitau kat enchik guard tu ni keta cheq.
Memang mai nak ubah keta pon.
Fuhhh...nasib sempat.Klau tak...glemer la cheq semalam.Depa antaq email satu company sebab cari owner keta tu.Cheq plak tak daftar no. plat keta tu kat guard....hehehehe...
Naseb ada parking kosong kat dalam so setel la satu bab.Takyah menapak jauh-jauh.


Setel bab parking cheq bekerja macam biasa.Mula ingat malas nak pi keja.Tengah-tengah dok golek atas katil baru tingat kata kena label chemical pnya MSDS dan CAU number.Terus siap-siap pi keja.Mulanya ingat nak balik pukul 3 petang camtu tapi keja makin dok mai.Belambak la plak so tak dapat nak balik awai.Makanya balik pukul 5 petang la jawabnya.Time ni tak pikir apa-apa lagi.
5 tepat cheq kuaq dari kilang semangat nak balik awai tup tup sampai jalan besar....OH NO....jalan jemmed.
Dari pukul 5 sampai 5.30 cheq masih kat depan Qbay...lenguh kaki dah ni.
Hari ni plak bawak keta manual.Masakkkkkkkkk.....
 Dengar dalam radio kata jemmed di atas jambatan.Kaki dah lenguh ni.Penang bridge ni buat la 3 lorong ke 4 lorong ke tetap akan jemmed bila ada kemalangan....cuti umum...cuti sekolah.Sampai kat flyover pi Jerejak cheq terus belok kiri ingat nak rest-rest kaki kat Qbay.Ronda-ronda sampai lapaq cheq pekena Kepci dulu.

Pas makan ronda-ronda lagi.Pi sampai wayang tengok-tengok cite apa yang best..
Aha...pukul 7 ada Pirate of the Carribean so cheq pon beli tiket.Ahhh...gasak la.Sorang pon takpe.Janji bila kuaq dari Qbay jalan dah tak jemmed dah.Bajet pukul 8.30 malam camtu keta dah tak banyak.

Abis je wayang tengok-tengok jam pukul 9.15 malam....woho...lamaa gila....2 jam tu cite tu.Tapi tak terasa sangat sebab cite dia best.Terus cepat-cepat pi parking nak balik.Kuaq ke jalan besaq....na haaaaaaaaa....ambik...jemmed lagi.Minyak plak tahap line ujung ja.Ni kalau redah gak baru sampai tengah jambatan mesti mati.Rupa-rupanya ada keta rosak kat batu uban.Patut la jemmed.
Naik jambatan keta tak la laju mana sebab masih jemmed.Oooo...rupa-rupanya ada kemalangan 7 buah keta cium bontot sesama sendiri.Terus insaf sat tak jadi nak pecut.
Drive smooth & steady je.

Sepanjang dari jambatan sampai la ke hiway Seberang Jaya ada 3 kemalangan.Smuanya 15 buah keta yang terbabit dalam kemalangan.
INSAF...INSAF...
Kalau tak harus la pecut laju.

Sampai-sampai je umah terus 'pengsan'.Letih yang amat.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. kalo cik ezy la dh pengsan dlm kete..
    haha

    ReplyDelete
  2. ni jem hari jumaat hari tu ka? kami keluaq ofis pukul 5, pukul 7.30 baru smpi kulim. rasa nak marah orang. haha

    ReplyDelete
  3. a'ah aizura...hat hr jemaat tu la

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers