21 Mei 2011 | KBU outing

3:38 PM

Assalamualaikum

Kali ni baru dapat nak cite pasai KBU(Kami Blogger Utagha) Outing.
Cheq tak tau la depa dah plan bila tapi Jumaat malam Sabtu tu baru cheq tau dan terus kata nak join masa dok komen-komen kat Group KBU dalam mukabuku.
Sementara tak buat apa-apa so cheq pon menjoinkan diri.
Depa-depa yang join outing ni antaranya Anith, Hidir, Daus, Mikro, Naim dan Erin.

Janji nak bertolak dari Petronas Seberang Jaya pukul 9 pagi lajak ke pukul 10 pagi sebab Enchik Hidir nak manja-manjakan Suri sebelum berangkat....pujuk-pujuk Suri takut majuk.Yelah...dia nak outing dengan pompuan lain so kena la ambik ati dulu.

Hidir...cheq dan Anith.

Sebenaqnya depa nak buat suprise kat Anith bawa dia nek feri.
Melompat-lompat gumbira(boleh bayangkan tak melompat dalam keta?) dia dalam keta masa tunggu feri time tu.
Syok tak sangka.

Tempat yang di tuju outing kali ni nak nek Bukit Bendera selepas penukaran tren yang baru.
Harga tiket pergi dan balik RM8 bagi yang mempunyai Mykad dan bagi yang takdak Mykad kena RM30 seorang.


Tren baru ni agak laju jugak.Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit untuk sampai ke puncak.
Memang ramai yang datang naik Bukit Bendera hari tu.Jenuh jugak la nak beratuq.


Setelah penat mendaki...berposing...bergelak ketawa so kami pun turun.
Tempat ke-2 outing hari tu adalah Queensbay Mall.
Kununnya rancangan nak tengok Nur Kasih The Movie tapi memasing dah penat + kekenyangan makan kat Kapitan so ambik keputusan just jalan-jalan sambil menunggu kedatangan NAMI.
 ~Mikro...Hidir...Cheq...Anith...NAMI & Daus~

Pas jmpa dan jadi satu insiden pakat takdak mood.
Dapat plak mesej dari Naqiah dan Jusiza kata depa tak jadi mai Queensbay dan tunggu kat RnR Bagan Ajam so pakat-pakat ambik keputusan bertolak ke RnR Bagan Ajam.

Bila dah sampai RnR lagi la sakan dok posing.
Nak nak ada camerawomen plak...lagi sakan la.
Jenuh dok bergaya sampaikan orang tengok pon gelak.

Ni antara sebahagian gambaq yang ada.Ada lagi beratus aksi.
Kalau tengok asik dok gelak sorang-sorang.
Macam-macam gelagat dok ada.

Ni la camerawomen kat RnR masa tu.
Thanks Naqiah.
Selalu sangat dia dok snap photo sampaikan gambaq dia sendiri pon tak banyak.

Apa-apa pon depa semua memang sempoi.
Semua satu kepala.Otak gila-gila.
Cheq yang senior ni pon dah terasa muda bila join depa....auwwwww....



notakukukakiku:~pic kredit to Naim, Mikro, Erin & Naqiah

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers