MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

12:30 AM

Masa di tag oleh Nadh...baca syarat-syaratnya...wah..berat betul segmen ni.
Terpikir-pikir nak tulis apa.
Setelah di timbang-timbang akhirnya jadi la entry ini.

AKU INGIN BERUBAH DAN AKU SUDAH BERUBAH
___________________________________________________________

Awal 2006 aku berkenalan dengan CINTA HATI.Hati berbunga-bunga riang sebab dah ada cinta hati.Seronok bukan main.Lihatlah dunia....aku dah ada boipren macam orang len jugak.

Sebelum ada boipren rutin harianku...P KEJA----BLK KEJA----TDOQ...hari cuti baru la selit-selit kuar dgn teman seperjuangan tu pon 2 bln skali kot.Keja paling penting sebab nak kumpul duit beli keta...nak ubah nasib kuarga yang susah.

Tapi sejak-sejak ada cinta hati AKU TERUS BERUBAH.Dari seorang yang baik...sopan tutur kata...tak kuar sampai ke pagi berubah menjadi sorang yang baran...sorang yang suka merayau-rayau smuanya kerana mengikut kata cinta hati.

Mak dah tak larat nak berleter.Bila kena ceramah mula la angin kus-kus sampai.Mula nak mengamuk-ngamuk masuk bilik sepahkan baju-baju yang di susun rapi dalam almari.
GERAMMMMMM.

Penampar?
Cop Body Glove tu dah banyak kali lekat kat pipi ni.Abang pon dah tak larat nak mengamuk last-last kuarga ambik keputusan nak tunangkan kami.Aku paling hepi.Bila dah tunang langkah makin panjang.Dah dapat lesen L la katakan.Hari-hari kuar.Kadang-kadang sampai 2 3 pagi baru balik.

Mata hati terlalu kabur nak menilai mana yang baik mana yang buruk.Semuanya kerna cinta hati.Sanggup buat apa saja.Orang lain bila bertunang...masa tu la nak kumpul duit tuk kenduri tapi kami tak.Hari-hari enjoy.Abis je keja kami kuar ke hulu ke hilir.Apa yang family nasihat masuk telinga kanan kuar telinga kiri macam air.Takde cikit pon rasa nak berubah.

Tapi....

Langit tak selalunya cerah.
Kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Orang yang aku percaya....sayang...tatang...yg aku sanjung rupa-rupanya orang yang memusnahkan hidup aku....dia main kayu 18...huh...
Bukan kecik-kecik salah yang dia buat.Dia dah mengandungkan pompuan lain.Masa dapat berita tu dari mulut pompuan tu....rasa nak pitam.Bila tanya dengan si dia...dia tak ngaku tapi sejak hari tu dia memang dah tak call..mesej..or jumpa aku.

Memang aku tak percaya.Takkan dia sanggup nak buat macam tu tapi mesej dari adiknya membuatkan aku redha dengan ketentuan Allah.

"salam akak...nak bgtau sesuatu.harap jgn marah.abg kena kawen dgn pmpuan tu.rsnya akak dh tau sbb apa.kami sekuarga minta maaf.Insyaallah...hujung bulan ni kami akan ke sana"

Sedih sangat-sangat.Masa ni baru ingat mak....ingat kuarga...ingat Tuhan.
"Ya Allah...aku dah lalai selama ni.Maafkan aku ya Allah..."

Sejak hari tu aku baru tersedar yang aku dah lalai dengan nikmat yang Allah berikan.Aku dah banyak menderhaka dengan kuarga.Sekelip mata Tuhan tarik nikmat itu.

Dan sejak peristiwa itu AKU INGIN BERUBAH....berubah menjadi lebih baik...berubah untuk diri sendiri...untuk kuarga...DAN AKU SUDAH BERUBAH.Mencari sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup dengan ujian yang sebegitu rupa.Aku bersyukur sebab tahu tentang perkara tu sebelum kami berkahwin.Klau sudah kawen rasanya lagi hebat ujian yang aku kena terima.
Syukur....

________________________________________________________

dah selesai...harap cerita ini dapat memberi ikhtibar kepada rakan-rakan smua....

You Might Also Like

12 apa kata anda?

  1. nice story..goodluck cik zai! =)

    ReplyDelete
  2. nsb baek cpt sdar..
    =)

    menarik la cite cik zai ni..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. ALLAH syg kamu. bila dia uji kamu, penyiksaan sebenarnya bila berpisah, tapi disebalik siksa ada hikmah. ALLAH bak lindung kamu y betulnya. jadilah anak solehah y menggembirakan ibu dan ayah.. depa syg kamu lebih dari y kamu rasa. tak caya, tunggu bila dah ada anak.. ;) terima kasih. nice entry.. all the besh..

    ReplyDelete
  4. tanx ats perkongsian anda :)termenung seketika..hmm..manusia kita memang tak leyh nak baca isi hati dyorg..hanya Allah yang tau segalanya.. kita hanya merancang Allah yg menentukan segalanya.. sabar dan redha jelah ats kehendakNya..pasti ada hikmahnya kan :)

    ReplyDelete
  5. cik ezy....smua itu dari Allah...Dia yg sedarkan

    ReplyDelete
  6. nadh...ya...Allah masih sygkn sy...moga sy tidak lg terlupa yg Dia la penentu sgalanya

    ReplyDelete
  7. *47!k@#...smua yg tjadi ada hikmahnya...sy redha..

    ReplyDelete
  8. pengalaman yang mematangkan. bersyukur la ianya sudah berlaku. ambil la pengajaran. buang yang keruh, amik yang jernih cik zai....

    ReplyDelete
  9. Hyde...bersyukur sbb jadi sblm kawen...klau lps kawen lain ending citenya...

    ReplyDelete
  10. er, cte yg buat sy meremang bulu roma...

    ReplyDelete
  11. Allhamdulillah.. Allah menyuntik kesedaran dalam hati kita.. Ujian Allah tu maknanya Allah sayang sebab Allah nak kita ingat Dia selalu.. didoakan semoga Cik Zai akan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan..

    terima kasih sudi join..segala update terkini akan dimaklumkan di Laman MO.. tq

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers