Excited nak pi Family Day sebab....

10:38 PM

Assalamualaikum..

Enrty dalam kepedasan selepas makan koay teaw tomyam dari Restoran Embun.
Macam biasa...pedas...pekat...mantoooop...

Ok...esok ada Company Family Day.
1st time company buat.
Tiap-tiap tahun asik buat dinner.
Tahun lepas buat Genting Trip.
Tahun ni buat family day plak.
Yang tak bestnya cheq yang bujang ni takleh bawak family.
Bajet cam nak bawa family...hehehe...

Mula-mula tak excited pon nak pi tapi bila dapat tau tempat dia.....terus nak pi.
Best sangat ka tempat tu sampai cheq nak pi sangat-sangat?
Hotel ke?
Kat Batu Feringgi ke?
Pulau Jerejak?

Smua tu salah.
Venue family day ni kat Fort Cornwallis.
Ala...kat Padang Kota Lama tu....yang ada meriam kat atas bukit tu.

Selama hidup ni tak penah lagi masuk dalam Fort Cornwallis.
Biasa la bila lalu kat Padang Kota mesti dalam ati terdetik
'nanti nak masuk sini la'

Tapi biasa la....orang Penang macam cheq...tempat-tempat menarik dalam Penang tak abis tawaf lagi.
Macam Fort Cornwallis ni sebab pikir esok-esok pon boleh pi tapi tak pi pon....hehehehe...
Yang dia tau asik nak pi tempat orang.
Kolumpo tu dah berpuluh-puluh kali sejak abis belajar kat sana.
Genting sampai 5 6 kali...Langkawi dah 4 kali..
Tak pernah sampai Sabah...Sarawak...Johor...Terengganu ja lagi.
Yang lain-lain dalam Malaysia dah sampai tapi tak round smua tempat la.

Cuba tanya cheq penah pi Bukit Bendera ka?
Jawapan cheq adalah sekali...tu pon time sekolah rendah dulu-dulu....haiiish...
So company nak buat kat dalam Fort Cornwallis tu cheq ter excited lebih la.
Orang kata sambil menyelam minum ayaq la klau tak sampai sudah pon cheq tak akan pi....hehehehe...

Errr....ada Photo Booth.
Leh snap free sekeping gambaq.
Nak wat aksi camne ye?
errr....ada idea tak?

You Might Also Like

5 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers