Gathering KBU | aku hampir tak join

8:36 PM

Assalamualaikum

Hari ni cheq nak cite cikit2 pasai gath KBU.
Cheq kurang aktif dlm FB KBU.
Kekangan kerja yg menuntut cheq berkampung dalam LAB sampai cheq takleh nak beramah mesra dgn ahli2 KBU di FB.
So bila tak brapa aktif & cheq plak jarang komen2 pon kat FB buat cheq segan nak menjoinkan diri.
Tengok yang lain2 dah macam adik beradik....ramah mesra...sehari beribu gak komen2 dalam KBU.
Klau nak baca jenuh tak sempat la....kena dok 24 jam dpn laptop ni.
Tapi cheq dah bank in duit gath dah cuma berat ati nak join ja.

Kena plak pagi Jumaat tu keta wat hal.
Terus masuk workshop.Abg pomen kata petang boleh ambik tapi tup tup bila lepas keja keta tak siap lagi.
Cheq dah berniat nak buat cupcake KBU tapi barang-barang tak beli lagi.
Bila kawan cheq datang pickup cheq trus balik umah so cupcake nya mmg takdak la.

Sebelum balik keja tu plak bos dah bersuara suruh cheq keja hari Sabtu Ahad dlm erti kata lain OT.
'Masakkkkkk...dah la esok gath...'
Yela...OI tak siap lagi...sample untuk HONDA lagi 500 pcs tak siap lagi....cheq dah pening-pening...keta plak buat hal...naseb ptg tu bos kata takyah mai esok klau tak...tak dapat la nak join.

Balik dari workshop call kak ipar nak pinjam keta.Naseb dia tak p mana2.Klau tak cheq memang tak p gath.

Pagi-pagi kepala dok memusing nak cari something untuk gath...yang ni memang dah niat so trus ke Tesco.
Kuar pagi tu ujan...dalam ati terpikir2 gath jadi ke?
Rasa takmo pi pon ada....cheq takut ujan...cepat sakit...

Bila dah beli something cheq ingat tak dan la nak berkonvoi dgn depa2 yg dari Perlis & Kedah...rupa2nya depa masih di tol jambatan Pulau Pinang....so mencelah la kat situ.Best plak berkonvoi ramai-ramai.Rasa nak buat lagi.Agak-agak nanti nak konvoi p mana plak ye?

Sat hujan sat berenti buatkan gathering tu tak berjalan dgn lancar.Klau tak di sini la tempat nak bakaq-bakaq...nak golek-golek...nak berenang-renang...

Yang sonoknya budak-budak laki sibuk di dapur (budak ke?) dan yang pmpuan2 ni dok beramah-mesra...dok bungkus2 hamper...cheq suka tang ni....baru la syok...
Ini la ahli-ahli KBU yang datang memeriahkan suasana walaupon jauh...walaupon ujan....walaupon ada keja tapi hampa smua memang best....
Moga perjumpaan kita smua tidak berakhir di sini sahaja.Mana nak tau boleh berkonvoi untuk majlis perkahwinan sesama ahli KBU ke kan3?

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. hoho... tak sempat nak beramah mesra ngan kamu..

    ReplyDelete
  2. cik zai buat pala msuk usm...kmi ikut ja..ahaha..

    ReplyDelete
  3. hehehe..thanks bagi kek n bagi tumpang skali hehehe..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers